OD8

OD8

 

PUTRAJAYA 29 Mei – Chew Hoong Ling, 31, penderma organ kepada seorang pesakit kanser dua tahun lalu dan penggerak utama sebuah badan sukarela bagi aktiviti menderma organ menerima satu kejutan hari ini.

Ini kerana beliau dipilih sebagai salah seorang daripada tiga penerima anugerah Pencapaian Luar Biasa Belia Negara tahun ini.

Mengakui dirinya masih terkejut, wanita yang bekerja sebagai pengacara majlis itu memberitahu, dari kecil beliau sudah memasang impian untuk membantu golongan tidak bernasib baik kerana kurang pihak yang bersedia untuk menjadi penderma organ.

Bagaimanapun, hasrat murninya itu seakan dimakbulkan oleh Tuhan apabila badan sukarela yang ditubuhkannya beberapa tahun lalu menarik perhatian ramai rakyat negara ini untuk menjadi penderma organ.

“Selepas saya secara sukarela menderma organ kepada seorang pesakit, masyarakat di luar mula membuka mata untuk turut serta terlibat.

“Sejak badan tersebut ditubuhkan hingga sekarang saya sudah berjaya mengumpulkan seramai 600 orang penderma organ,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Pemenang Anugerah Perdana Belia Untuk Pencapaian Luar Biasa, G. Pramasivam, 41, pula menganggap penganugerahan itu merupakan sesuatu yang mampu menjana usaha dan komitmen beliau untuk memantapkan golongan belia di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *