Dari dulu lagi, saya mengenali Raja-Raja Melayu bergelar “stamp chop”, maksudnya cuma chop dan tandatangan sahaja apa-apa cadangan PM dan pembentangan Dewan. Kami dididik di sekolah pun, cikgu pernah cakap begini.

Minggu ini saya menyaksikan DYMM Tuanku menjalankan tugas dengan teliti dan berhati-hati. Pertama kali dalam sejarah, Tuanku menemubual satu per satu ahli Parlimen seluruh negara. Kesabaran dan penuh usaha demi negara.

Suka saya ingatkan, walaupun YDPA dan DYMM Sultan bergelar “stamp chop”, Cikgu masih mendidik bahawa Tuanku-Tuanku ini masih “above politics”

Tuanku boleh saja membuat keputusan sendiri tetapi memilih untuk bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu. Namun, bertalu-talu perubahan iklim politik negara sehingga sokongan terhadap Anwar, Mahathir dan Muhyiddin bergilir-gilir. Kalaulah saya YDPA, pening saya dibuat mereka.

Walaupun begitu, Tuanku dengan santai keluar mengedarkan santapan dan memberi jaminan yang Tuanku akan buat yang terbaik.

Tuanku boleh saja menurut nasihat PM dan “chop” serta menurunkan tandatangan sahaja. Tetapi Tuanku tidak berbuat demikian.

Setelah teliti dan begitu panjang masanya dalam pertimbangan, akhirnya Tuanku membuat pengumuman yang pada pendapat saya, sudah pasti terbaik dalam sudut pandangan Tuanku dan dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

Namun, sebagai rakyat dan warga negara Malaysia, ramai yang taksub dengan politik, ahli politik, individu atau parti politik sehingga terlupa tanggungjawab seseorang warga negara Malaysia. Kesetiaan kepada Raja dan Negara terus dilupakan.

Saya setuju dengan kebebasan bersuara tetapi bolehlah mengikut batas-batas perundangan dan perlembagaan negara. Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan.

Tiga ini adalah asas dan panduan seorang rakyat yang bergelar warga negara Malaysia.

Permainan politik penuh dengan emosi dan perubahan yang mengikut nafsu serta kepentingan diri. Kalau rakyat lupa akan prinsip-prinsip Rukun Negara ini, dan dibawa emosi (bukan fakta, undang-undang dan perlembagaan), negara kita kehilangan kewarasan dan mudah terikut-ikut dengan budaya luar. Malah, mudah dibeli dan dipengaruhi oleh kuasa dunia luar.

Sejujurnya, saya masih berpegang kepada #BubarParlimen . Tidak bermaksud kemenangan parti pilihan saya akan menang, tetapi kuasa undi rakyat dan demokrasi dipertahankan. Biar mahal kosnya asalkan pilihan dikembalikan ke tangan rakyat dengan harapan tinggi agar tidak huru hara lagi.

Dalam bahang politik yang begitu hangat dan mungkin sekali hangit, apa-apa keputusan sekali pun sudah pasti ada bantahan. Rata-rata juga tahu sokongan saya terhadap DSN dan BN, tetapi saya turut akur dan redha dengan kemenangan PH dalam PRU14. Sebagai seorang rakyat yang berpandukan Rukun Negara, saya akur sekali lagi dengan keputusan YDPA.

Ingatlah Rukun Negara

Kepercayaan Kepada Tuhan;
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
Kesopanan Dan Kesusilaan.

#DaulatTuanku

#MenjunjungTitah

Hoong Ling
29/2/2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *